BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 10 March 2011

Universiti atau ?????........

Universiti atau ??????......

Beginilah keadaan bilik kuliah PODIUM A yang menjadikan setiap pelajar kurang selesa untuk belajar. Setahu saya sudah 2 minggu keadaan ini berlarutan tanpa ada tindakan yang diambil. Saya sebagai pelajar sudah merasa tidak selesa dengan keadaan ini apa lagi lecturer yang cuba untuk mengajar kami. Projektor terpaksa memancarkan apa yang hendak diajar pada dinding kerana benda yang sepatutnya digunakan khas bagi memancarkan cahaya projektor telah rosak dan tiada apa-apa tindakan yang diambil. Saya dan kawan-kawan terpaksa berpindah-randah (NOMAD) untuk mencari kelas yang fasilitinya baik namun terpaksa juga kami menggunakan PODIUM A ini untuk belajar. Persoalannya, kenapa belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak universiti? atau kami hanya perlu tunggu dan lihat sahaja keadaan seperti ini berlalu tanpa ada apa-apa tindakan..... Rugi bayar yuran kalau belajar dalam keadaan tidak selesa. Bukan cuba untuk menjatuhkan air muka pihak universiti, tapi yuran yang kami bayar untuk mendapatkan didikan bukanlah rendah. Jadi fikirkanlah..

0 comments: