BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 28 February 2011

Menara Gading ku!!!

Jeng...Jeng....Jeng.....
Yang megah berdiri dibelakang sana tu lah bilik kuliah yang paling tinggi di MALAYSIA..
13 tingkat tu... Saya pun tidak tahu lah apa mau cakap.. Pertama kali sampai kat sini nampak
megah berdiri bangunan 13 tingkat tempat saya menimba ilmu... Biarpun malam ketibaan kami
hujan namun kata mumy saya "Hujan itu berkat Tuhan pada bumi".. Jadi saya belasah ja lah daftar
masuk kat asrama kediaman dalam hujan.. Nak berkat katakan.. Hehehe... Keesokan harinya dengan bangganya saya bangun awal dan jalan menuju Dewan Utama iaitu dewan yang korang nampak yang menutupi separuh bangunan 13 tingkat tu.. Sampai dalam sana nampak macam bukan dewan bertaraf universiti pula. Macam dewan SMK ja ni.. haha.. Tapi tida apa, saya tetap bangga ada di sana kerana ada beribu lagi pelajar lain yang mahu menginjakkan kaki mereka di dalam dewan tersebut tapi tidak berjaya.. Hehehehehe..... Pas tu saya p pula mendaftar kos kat MEGALAB. Kat dalam ni banyak komputer. Mendaftar kos pun saya macam tak boleh ja abis saya tak tahu. Nasib la ada abang PSM tu tolong ajar. Kemudian bermulalah hidup kuliah saya. Memasuki dewan kuliah buat pertama kali agak bangga juga lar kerana dapat duduk dalam bilik penuh dengan bangku dan berwarna putih. Kat sana saya berjaya mengenali ramai kawan. Sampai sekarang saya masih lagi berbangga saya ada disini.. 
"BERTEKAD CEMERLANG" 

Thursday 24 February 2011

Aku!!

Nah inilah saya yang pada masa ini seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan... Saya ni budak yg nakal lar sikit suka buat orang ketawa dan mempertawakan orang.. hehe.. Gambar ni saya ambil semasa saya baru sahaja habis gunting rambut. sebab tu muka macam fresh lagi.. baru mandi membersihkan rambut yang ada d badan... So this is my first time at Blog, anything please help me ok.. ^^