BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 6 March 2011

Assignment.........

Tidak betul saya sangka bahawa semester II dalam universiti ni penuh dengan assignment. Boleh dikatakan setiap minggu assignment baru akan diberikan. Sampai berlambak nota dan maklumat dari internet kat dalam laptop. Laptop laju pun jadi tak laju gara-gara banyak sangat assignment yang nak dibuat. Kawan-kawan saya pula semua dah jadi bengong, pening, stress, migrain dan macam-macam penyakit lagi larr. Ada lagi yang cuma tidur 3 jam sehari buat assignment. Semester satu menjadi idaman kami semua kembali dimana kami punyai banyak masa nak relax, main game dan bercerita sesama sendiri. Sekarang ni, macam nak ambil masa nak mandi pun jadi amat susah. Maybe, this is the fun of being an university student.. Walaubagaimanapun, saya heran tengok kakak dan abang senior tu. Mereka tak sibuk ka dengan assignment final year mereka. Mereka banyak masa untuk bercerita, lepak, enjoy kat bandar dan dating. Kalau dating tu hanya pada masa yang sekejap tak pa, ni mengambil masa berjam-jam memadu kasih. Dorang tak sibuk ka ya?? Kadang-kadang terfikir juga keseronokan masih belajar di sekolah menengah. Banyak relax, main dan kerja rumah pun kurang. Barulah saya boleh hargai apa itu sekolah menengah. Hmm... Dah lepas baru ingat.. Ok lah, masa yang saya luangkan untuk menulis blog ni pun  rasanya sudah cukup. Assignment masih berlambak belum siap ni. Nasiblah setiap ahli group assignment saya orangnya rajin-rajin dan berkerjasama semua. Kalau tak mampus lah saya nak buat seorang-seorang... That's it from me know.... ^^

0 comments: