BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 10 March 2011

Universiti atau ?????........

Universiti atau ??????......

Beginilah keadaan bilik kuliah PODIUM A yang menjadikan setiap pelajar kurang selesa untuk belajar. Setahu saya sudah 2 minggu keadaan ini berlarutan tanpa ada tindakan yang diambil. Saya sebagai pelajar sudah merasa tidak selesa dengan keadaan ini apa lagi lecturer yang cuba untuk mengajar kami. Projektor terpaksa memancarkan apa yang hendak diajar pada dinding kerana benda yang sepatutnya digunakan khas bagi memancarkan cahaya projektor telah rosak dan tiada apa-apa tindakan yang diambil. Saya dan kawan-kawan terpaksa berpindah-randah (NOMAD) untuk mencari kelas yang fasilitinya baik namun terpaksa juga kami menggunakan PODIUM A ini untuk belajar. Persoalannya, kenapa belum ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak universiti? atau kami hanya perlu tunggu dan lihat sahaja keadaan seperti ini berlalu tanpa ada apa-apa tindakan..... Rugi bayar yuran kalau belajar dalam keadaan tidak selesa. Bukan cuba untuk menjatuhkan air muka pihak universiti, tapi yuran yang kami bayar untuk mendapatkan didikan bukanlah rendah. Jadi fikirkanlah..

Sunday 6 March 2011

Assignment.........

Tidak betul saya sangka bahawa semester II dalam universiti ni penuh dengan assignment. Boleh dikatakan setiap minggu assignment baru akan diberikan. Sampai berlambak nota dan maklumat dari internet kat dalam laptop. Laptop laju pun jadi tak laju gara-gara banyak sangat assignment yang nak dibuat. Kawan-kawan saya pula semua dah jadi bengong, pening, stress, migrain dan macam-macam penyakit lagi larr. Ada lagi yang cuma tidur 3 jam sehari buat assignment. Semester satu menjadi idaman kami semua kembali dimana kami punyai banyak masa nak relax, main game dan bercerita sesama sendiri. Sekarang ni, macam nak ambil masa nak mandi pun jadi amat susah. Maybe, this is the fun of being an university student.. Walaubagaimanapun, saya heran tengok kakak dan abang senior tu. Mereka tak sibuk ka dengan assignment final year mereka. Mereka banyak masa untuk bercerita, lepak, enjoy kat bandar dan dating. Kalau dating tu hanya pada masa yang sekejap tak pa, ni mengambil masa berjam-jam memadu kasih. Dorang tak sibuk ka ya?? Kadang-kadang terfikir juga keseronokan masih belajar di sekolah menengah. Banyak relax, main dan kerja rumah pun kurang. Barulah saya boleh hargai apa itu sekolah menengah. Hmm... Dah lepas baru ingat.. Ok lah, masa yang saya luangkan untuk menulis blog ni pun  rasanya sudah cukup. Assignment masih berlambak belum siap ni. Nasiblah setiap ahli group assignment saya orangnya rajin-rajin dan berkerjasama semua. Kalau tak mampus lah saya nak buat seorang-seorang... That's it from me know.... ^^

Tuesday 1 March 2011

Spirit Of Brotherhood...

Spirit Of Brotherhood....
Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk saya terangkan tentang gambar di atas ini. Cerita disebalik gambar ini biarlah kami sahaja yang tahu. Bukan apa, banyak kenangan manis, pahit, hitam, terang dan sedap disana.. Kami ni bergambar sebelah malam bila baru sahaja sampai bershoping di bandar Labuan atau lebih tepat lagi Ujana Kewangan (UK).. Untuk pengetahuan, UK la shopping complex yang paling besar di Labuan ni. Bangunan UK la yang paling besar, cantik dan megah d Labuan ini. Tapi kalo dilihat benar-benar Labuan ni, banyak sejarah terselindung di dalamnya.. Biarpun kami pelajar UMSKAL ni ada juga sedikit rasa terDAMPAR dan diPULAUkan, namun bangga juga ada disini.. Nah saya cakap baru dari shoping, tapi barang2 yang dapat dilihat cuma maggi, sardin dan cofee mix.. haha, itu saja lar yang mampu kami beli dengan kuasa PTPTN yang ada di tangan kami.. Lagipun kami ni bukanlah kaum wanita yang suka sangat bershoping ni.. Kegemaran kami cuma WINDOW SHOPPING dan KFC... hahahaha..... Opss lupa pula nak perkenalkan... Dari kiri adik Asri, Daus, Yaiman, Abg Sabri, Bob, saya, dan Afiz.. Tukang gambar pula c Azril. hehehe........ apa2 pun kengkawan sekalian kekalkan kita punya
"SPIRIT OF BROTHERHOOD"..

Monday 28 February 2011

Menara Gading ku!!!

Jeng...Jeng....Jeng.....
Yang megah berdiri dibelakang sana tu lah bilik kuliah yang paling tinggi di MALAYSIA..
13 tingkat tu... Saya pun tidak tahu lah apa mau cakap.. Pertama kali sampai kat sini nampak
megah berdiri bangunan 13 tingkat tempat saya menimba ilmu... Biarpun malam ketibaan kami
hujan namun kata mumy saya "Hujan itu berkat Tuhan pada bumi".. Jadi saya belasah ja lah daftar
masuk kat asrama kediaman dalam hujan.. Nak berkat katakan.. Hehehe... Keesokan harinya dengan bangganya saya bangun awal dan jalan menuju Dewan Utama iaitu dewan yang korang nampak yang menutupi separuh bangunan 13 tingkat tu.. Sampai dalam sana nampak macam bukan dewan bertaraf universiti pula. Macam dewan SMK ja ni.. haha.. Tapi tida apa, saya tetap bangga ada di sana kerana ada beribu lagi pelajar lain yang mahu menginjakkan kaki mereka di dalam dewan tersebut tapi tidak berjaya.. Hehehehehe..... Pas tu saya p pula mendaftar kos kat MEGALAB. Kat dalam ni banyak komputer. Mendaftar kos pun saya macam tak boleh ja abis saya tak tahu. Nasib la ada abang PSM tu tolong ajar. Kemudian bermulalah hidup kuliah saya. Memasuki dewan kuliah buat pertama kali agak bangga juga lar kerana dapat duduk dalam bilik penuh dengan bangku dan berwarna putih. Kat sana saya berjaya mengenali ramai kawan. Sampai sekarang saya masih lagi berbangga saya ada disini.. 
"BERTEKAD CEMERLANG" 

Thursday 24 February 2011

Aku!!

Nah inilah saya yang pada masa ini seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan... Saya ni budak yg nakal lar sikit suka buat orang ketawa dan mempertawakan orang.. hehe.. Gambar ni saya ambil semasa saya baru sahaja habis gunting rambut. sebab tu muka macam fresh lagi.. baru mandi membersihkan rambut yang ada d badan... So this is my first time at Blog, anything please help me ok.. ^^